Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V2 RSR Porsche Design akan ditawarkan di Malaysia – pembelian secara jemputan

Pelancaran HONOR Magic V2 di Malaysia malam tadi juga telah menyaksikan HONOR memberikan satu kejutan yang ‘mewah’ dimana syarikat ini telah mengesahkan bahawa Magic V2 RSR Porsche Design akan ditawarkan di pasaran tempatan.

Walaupun tidak dilancarkan secara rasmi, HONOR mengesahkan bahawa Honor Magic V2 RSR Porsche Design akan ditawarkan didalam masa beberapa bulan namun pembelian adalah melalui jemputan eksklusif sahaja.

bagi yang berminat, pendaftaran minat bagi Honor Magic V2 RSR Porsche Design kini telah dibuka dan ianya mungkin melayakkan anda memiliki telefon pintar premium ini.

Daftar minat di sini : https://www.hihonor.com/my/phones/honor-magic-v2-rsr-porsche-design/

Magic V2 RSR Porsche Design merupakan telefon pintar pertama syarikat ini hasil kerjasama Porsche Design yang diumumkan bulan lalu.

Honor Magic V2 RSR Porsche Design tampil dengan spesifikasi dalaman yang sama seperti Magic V2 yang biasa namun ianya ditawarkan didalam konfigurasi sahaja iaitu 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Honor Magic V2 RSR didatangkan dalam warna Porsche Agate Grey yang ikonik dan badannya menggabungkan rekaan ikonik Porsche “Flyline” – rekaan bumbung kereta yang menyondong ke bawah pada bahagian belakang.

Selain itu, rekaan Flyline ini adalah agresif dan panel belakang telefon pintar ini menerapkan elemen kelajuan yang sinonim dengan kereta Porsche.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.