Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR Magic V2 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 25 Januari ini

HONOR Magic V2 telah dibuka untuk pra-tempahan  sejak dilancarkan pada 16 Januari lalu namun pengguna masih boleh membuat pra-tempahan telefon pintar foldable ternipis dan teringan  di dunia ini sebelum jualan rasmi di seluruh negara bermula pada 25 Januari.

Selain itu, HONOR Magic V2 akan ditawarkan pada harga RM6,999 dengan kapasiti storan 16+512GB dan didatangkan dalam tiga warna premium iaitu hitam Black, ungu Purple dan hitam Black (PU). 

Bagi setiap pembelian HONOR Magic V2, anda akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM2,247 yang merangkumi HONOR CHOICE Haylou, car holder telefon pintar foldable dan pelan perlindungan skrin HONOR 365 Hari.

Seterusnya, HONOR Magic V2 boleh dibeli di laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, Tik Tok Shop, termasuk pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic. Selain itu, telefon pintar ini juga boleh didapati di CelcomDigi dan Maxis, Ianya akan turut ditawarkan melalui U Mobile dan Yes tidak lama lagi.

Dalam pada itu, HONOR turut menawarkan pilihan pembayaran lebih mudah dengan pelan ansuran 0% selama 6 hingga 24 bulan. Pelanggan boleh mendapatkan peranti ini dengan bayaran serendah RM291.63 sebulan*.

HONOR Magic V2 boleh dipesan menerusi laman web HONOR Malaysia

Jom Baca Ulasan HONOR Magic V2 kami dibawah :

ULASAN : HONOR Magic V2 – Memacu era baharu dengan foldable ternipis dunia

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.