Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : HONOR Magic V2 – Memacu era baharu dengan foldable ternipis dunia

Pengenalan

HONOR memulakan tahun 2024 dengan pengumuman bahawa telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu HONOR Magic V2 akan mula memasuki pasaran global atau lebih penting akan ke pasaran Malaysia.

Pengesahan ini sudah pastinya membuatkan ramai teruja kerana HONOR Magic V2 adalah telefon pintar boleh lipat ternipis didunia dengan ukuran 9.9mm apabila dilipat dan hanya 4.7mm apabila didalam keadaan dibuka. Ianya juga ringan iaitu dengan berat hanya 231 gram yang mana HONOR Malaysia juga telah melakukan demostrasi langsung memperlihatkan telefon pintar ini terapung di atas air pada sehelai kertas A4.

Seterusnya, HONOR juga telah mengukuhkan rekaan telefon pintar ini dengan penggunaan engsel titanium aloi  yang merupakan sejenis material gred aeroangkasa yang 150% lebih kukuh berbanding aloi aluminium.

Persoalan yang bermain difikiran kami adalah, mampukah HONOR memecah dominasi telefon pintar tradisional dengan Magic V2?, jom baca ulasan HONOR Magic V2 kami yang eksklusif dan antara yang terawal di Malaysia.

Reka Bentuk

HONOR Magic V2 adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat dan ini bermaksud ianya tampil dengan rekaan yang kompleks dan tunjang kepada peranti ini adalah mekanisma engsel yang berada ditengah.

Untuk penyelesaian terbaik dalam mengurangkan ketebalan peranti sambil meningkatkan ketahanan, HONOR telah menggunakan aloi titanium pada penutup engsel,  aloi titanium adalah 42% lebih ringan daripada keluli tahan karat.

Selain itu, 80% daripada kerangka engsel Magic V2  menggunakan HONOR Shield Steel, bahan ini didakwa 25% lebih nipis namun 20% lebih kuat daripada keluli tradisional.

Dalam pada itu, Magic V2 mampu menahan lebih 400,000 lipatan atau 100 kali lipatan sehari yang membolehkan telefon pintar ini  mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun.

Pada ketebalan 9.9mm ketika dilipat, Magic V2 adalah telefon pintar boleh lipat ternipis didunia malah juga lebih nipis daripada iPhone 14 Pro Max.

Seterusnya, Magic V2 juga amat selesa untuk dipakai dengan ketinggan dan kelebaran yang ideal untuk pengguna khususnya kerana profil yang nipis dan berat hanya 231 gram. Tiada sebarang ruang diantara skrin apabila peranti dilipat namun agak mengecewakan tiada sebarang penarafan kalis air mahupun habuk disertakan.

Beralih kepada kedudukan butang, ianya tampil dengan butang kuasa dan butang kelantangan bunyi yang akan berada pada sisi kanan apabila peranti dilipat. Slot SIM, port USB-C dan gril pembesar suara adalah bahagian sisi bawah manakala pada sisi atas terdapat lubang mikrofon dan satu lagi gril pembesar suara.

Secara keseluruhanya, HONOR Magic V2 adalah penanda aras baharu bagi telefon pintar boleh lipat terutamanya dari segi rekaan yang nipis dan egonomik. Magic V2 akan memacu pengguna ke arah era milimeter pada peranti boleh lipat.

Skrin Paparan

HONOR Magic V2 skrin paparan utama berukuran 7.92-inci yang memberikan anda pengalaman seperti pada tablet dan ianya memiliki nisbah 9.78:9 menawarkan pengguna pengalaman tontonan lebih imersif dan memuaskan.

Selain itu, panel utama ini adalah foldable OLED yang mempunyai resolusi 2344 × 2156 piksel, kadar segar semula 120Hz dan kemampuan untuk memaparkan lebih 1.07 bilion warna.

Selain itu, Magic V2 juga memiliki kadar 3840Hz PWM Dimming dengan pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free, Dynamic Dimming, Circadian Night Display dengan pensijilan TÜV Rheinland Circadian-friendly.

Lebih-lebih lagi, panel skrin yang besar ini juga membolehkan Magic V2 menawarkan produktiviti yang dipertingkatkan dimana anda boleh membuka sehingga 4 aplikasi melalui ciri multi-windows.

Beralih kepada skrin luaran, kami amat tertarik dengan dimensi paparan ini sehinga membuatkan kami terlupa seketika bahawa Magic V2 adalah telefon pintar boleh dlipat. Ianya adalah paparan berukuran 6.43-inci yang mampu memaparkan  1.07 bilion warna, sokongan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima sehingga 2,500nits.

Seterusnya, skrin paparan luaran Magic V2 ini juga memiliki lapisan Nanocrystal Glass generasi kedua yang lebih tahan lasak dan ianya adalah 10 kali ganda lebih tahan jatuhan berbanding lapisan gelas biasa.

Secara keseluruhanya, kedua-dua paparan HONOR Magic V2 merupakan antara yang terbaik dipasaran dengan pengalaman visual yang sangat memuaskan selain pelbagai teknologi yang memastikan kesihatan mata anda tidak terjejas.

Selain itu, paparan utama juga membolehkan anda menikmati kandungan multimedia pada skrin yang lebih besar atau tingkatkan produktiviti anda dengan membuka sehingga 4 multi-windows bagi melakukan  tugas kerja pejabat dengan cepat cekap dan cepat.

Pemproses

HONOR Magic V2 dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang merupakan cipset berkuasa tinggi terbaik bagi tahun 2023. Bersama cip ini, Magic V2 juga memiliki 16GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Kemampuan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang digunakan pada Magic V2 dan kebanyakkan telefon pintar flagship yang dikeluarkan sepanjang tahun 2023 adalah sesuatu yang tidak perlu dipersoal namun menyesuaikanya kepada eksositem peranti foldable adalah lebih mustahak.

Untuk itu, Magic V2 hadir dengan antarmuka Magic OS 7.2 yang berasaskan Android 13 yang mempunyai beberapa fungsi tambahan untuk memaksimakan potensi skrin paparan yang lebih besar namun masih belum cukup menyeluruh.

Sebagai contoh, ciri multi-window pada Magic V2 boleh membuka sehingga 4 multi window serentak manakala aplikasi kamera juga lebih menyeluruh apabila skrin dilipat separuh yang membolehkan penggambilan gambar ‘hands-free’ dengan meletakkan sahaja peranti anda pada sudut yang anda mahu.

Aplikasi YouTube juga menyokong penggunaan pada mod separa skrin dimana bahagian bawah skrin berfungsi sebagai kawalan media yang dimainkan. Selain itu, HONOR juga telah menyesuaikan antarmuka MagicOS ketika Magic V2 berada pada mod Hover ketika menonton video, persidangan video, permainan muzik dan mengambil gambar.

 

Selain itu, bagi memastikan pretasi Snapdragon 8 Gen 2 ini kekal stabil tanpa sebarang isu, HONOR juga telah menyertakan sistem penyejukan HONOR Ultra-Thin Bionic memiliki kawasan pelesapan haba keseluruhan sebanyak 29000mm² dengan ketebalan VC hanya 0.22mm.

Secara keseluruhan, Magic V2 merupakan sebuah telefon pintar flagship dan pretasi yang ditawarkan adalah antara yang terbaik walaupun ianya menggunakan cipset flagship 2023. Kami tidak menemui sebarang isu dengan prestasi dan kestabilan sepanjang ulasan kami.

Kamera

Bercakap sahaja mengenai telefon pintar foldable, kamera boleh dikatakan sebagai antara bahagian yang diberikan kurang diberikan perhatian namun HONOR mempunyai pendekatan yang berbeza.

Untuk memberikan pengguna fotografi setaraf telefon pintar flagship tradisional dipasaran, HONOR Magic V2 ini tampil dengan sensor utama 50MP f/1.9 dengan OIS, sensor ultrawide 50MP f/2.0 , sensor telefoto 20MP f/2.4 dengan OIS dan sistem pemfokusan laser 8×8 dToF serta sensor fliker dan sensor suhu warna.

Penggunaan sensor utama 50MP membolehkan Magic V2 memberikan anda hasil gambar yang sangat berkualiti tinggi dan OIS sudah pastinya membantu pengambilan gambar yang lebih terang dan tanpa sebarang kekaburan.

Selain itu, sensor ultrawide yang disertakan juga setaraf sensor utama namun ketiadaan OIS sedikit sebanyak menurunkan sedikit kualiti foto yang terhasil dari sensor ini.

Dalam pada itu, sensor telefoto yang digunakan pada Magic V2 mampu menawarkan 3x zoom optikal atau sehingga 40x zoom digital namun pada pendapat kami, prestasi sensor ini adalah sedikit rendah berbanding kebanyakkan sensor telefoto dipasaran dan ketiadaan sensor periskop sudah pastinya dirasai pengguna yang beralih dari peranti flagship Android mahupun iPhone.

Seterusnya, Magic V2 juga memiliki dua kamera selfie 16MP yang terletak pada cover screen dan main screen untuk memenuhi keperluan swafoto anda pada bila-bila masa sahaja. Hasil gambar dari kamera selfie ini juga cukup memuaskan tanpa sebarang faktor ‘wow’ atau kelemahan yang ketara.

Memandangkan ianya adalah peranti foldable, Magic V2 juga tampil dengan ciri HONOR AI Motion Sensing Capture yang akan mengambil gambar secar automatik tanpa perlu menekan butang shutter.

Berikut adalah basil gambar dari HONOR Magic V2 :

Bateri

HONOR Magic V2 adalah telefon pintar foldable ternipis didunia dan cabaran yang akan dihadapi oleh syarikat ini adalah bagaimana memuatkan bateri berkapasiti tinggi pada kerangka peranti foldable yang mempunyai ketebalan hanya 4.7mm ini.

Jawapan kepada perkara ini adalah dimana HONOR telah menggunakan dua keping bateri silikon karbon yang mempunyai ketebalan hanya 2.72mm dan bateri silikon karbon juga mempunyai jangka hayat bateri sehingga 40% hasil penggunaan sistem elektrokimia yang canggih.

Menariknya, penggunaan bateri silikon karbon pada mulanya hanya untuk bateri kereta EV seperti Tesla, HONOR merupakan jenama telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi bateri ini.

Dalam pada itu, Magic V2 juga menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge yang boleh dikatakan sebagai antara teknologi pengecasan terpantas pada peranti foldable.

Dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang cekap tenaga, Magic V2 mampu menawarkan pengguna jangka hayat bateri yang cukup baik.

Penutup

HONOR Magic V2 tampil ke pasaran untuk merevolusikan pasaran telefon pintar dengan memperkenalkan pertukangan luar biasa sehingga digelar sebagai peranti foldable ternipis dan paling ringan didunia.

Selain itu, HONOR juga memperlihatkan keyakinan mereka dengan pengenalan telefon pintar foldable yang ternipis didunia sebagai model pertama yang memulakan cabaran pada tahun 2024 ini.

Akhir kata, HONOR Magic V2 adalah telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang akan membawa anda ke era peranti milimeter yang lebih nipis, ringan dan setaraf telefon pintar ‘bar phone’ tradisional.

HONOR Magic V2 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada harga RM 6,999 dengan 180 hari satu kali penggantian skrin percuma bagi kedua-dua skrin dan 50% diskaun bagi penggantian skrin didalam tempoh satu tahun.

Pra-tempah HONOR Magic V2 di laman rasmi HONOR Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.