Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S24 Series dilaporkan mampu mencapai sasaran jualan 36 juta unit

Pra-tempahan telefon pintar flagship Samsung Galaxy S24 Series telah bermula sejak pelancaran rasmi minggu lalu dan laporan dari Korea melaporkan bahawa sebanyak 1.2 juta tempahan telah diterima pada minggu pertama melepasi angka 1.09 juta yang dicapai oleh Galaxy S23 Series didalam tempoh yang sama.

ETNews melaporkan bahawa Samsung berada didalam landasan tepat untuk mencapai jualan sebanyak 36 juta unit yang akan menjadi rekod baharu jualan selepas Galaxy S10 dan Galaxy S10+ mencapai jualan 30 juta unit lima tahun lalu.

Samsung dilaporkan telah menyaksikan permintaan yang tinggi dan terdapat dakwaan bahawa sebanyak 60% unit yang dipra-tempah adalah bagi Galaxy S24 Ultra.

sumber

Jom Baca : Pandang Pertama : Samsung Galaxy S24 Ultra – Bermulanya Dunia Galaxy AI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.