Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic6 dan Magic6 Pro kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan sensor telefoto 180MP

Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor Magic6 Serie di China yang menampilkan sensor telefoto terbesar dan semestinya cip Snapdragon 8 Gen 3.

Honor Magic6 dan Magic6 Pro hadir dengan skrin paparan Quad Curved OLED LTPO berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz, 4,320Hz PWM dimming, kecerahan maksima sehingga 1,300nits atau 5,000nits bagi kandungan HDR

Honor Magic6 dan Magic6 Pro juga memiliki sensor 50MP pada lubang punch-hole namun versi Pro disertakan dengan modul 3D untuk pengecaman wajah.

Dari segi dalaman, Honor Magic6 dan Magic6 Pro dijana cip Snapdragon 8 Gen 3, 12GB atau 16GB RAM jenis LPDDR5x dan storan dalaman  sehingga 1TB jenis UFS 4.0 serta antaramuka Magic UI 8.0 yang berasaskan Android 14.

Bercakap mengenai bahagian kamera, Magic6 Series tampil dengan reka bentuk modul kamera yang sedikit berbeza berbanding generasi sebelum ini dan ianya turut mempunyai pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Selain itu, Honor Magic6 Pro dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan aperture boleh ubah f/1.4-f/2.0 dan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 180MP yang turut memiliki OIS dan menyokong sehingga 100x zoom digital.

Dalam pada itu, Honor Magic6 pula dilengkapi tiga sensor iaitu sensor utama 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto persikop 32MP yang turut memiliki OIS dan menyokong sehingga 50x zoom digital.

Selain itu, Honor Magic6 Pro juga akan memiliki bateri berkapasiti 5,600mAh dengan sokongan pengecasan 80W Honor SuperCharge  dan pengecasan tanpa wayar 66W. Magic6 pula memiliki bateri 5,450mAh dengan pengecasan Honor SuperCharge 66W dan pengecasan tanpa wayar 50W.

lain-lain ciri yang dimiliki Magic6 dan Magic6 Pro adalah Wi-Fi 7, Bluetooth 5.3, IR blaster dan sokongan komunikasi satelite di China.

Honor Magic6 and 6 Pro ditawarkan didalam warna  black, green, blue, purple, dan white pada harga dari CNY 4,399 (RM 2,851) sehingga CNY 6,699 (RM 4,341).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.