Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Poco X6 dan Poco X6 Pro kini rasmi – harga di Malaysia bermula dari RM 1,199

Poco secara rasminya telah melancarkan Poco X6 dan Poco X6 Pro untuk pasaran global yang mana Poco X6 Pro menjadi telefon pintar pertama dipasaran global dengan Xiaomi HyperOS.

Poco X6 5G

Poco X6 5G hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi 1220 x 2712 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga memiliki sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, Poco X6 5G dikuasakan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 yang diumumkan baru-baru ini dan ianya disertakan bersama tiga pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB bersama storan 256GB atau 512GB

Beralih kepada kamera belakang, terdapat satu sensor utama 64MP dengan 2x lossless zoom dan OIS, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Lain-lain spesifikasi yang dimiliki telefon pintar ini adalah MIUI 14 yang berasaskan Android 13 namun akan menerima HyperOS tidak lama lagi, bateri 5,100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W, pembesar suara stereo dan IR blaster.

Poco X6 5G akan ditawarkan didalam warna White, Blue, dan Black.

Poco juga telah mengumumkan harga promosi pembelian terawal bagi Poco X6 5G dari 11 hingga 18 Januari di Lazada iaitu masing-masing pada harga seperti berikut :

  • Poco X6 5G 8/256GB – RM 1,059 (RRP RM 1,199)
  • Poco X6 5G 12/256GB – RM 1,159 (RRP RM 1,299)
  • Poco X6 5G 12/512GB – RM 1,359 (RRP RM 1,499)

Poco X6 Pro 5G

Poco juga telah memperkenalkan Poco X6 Pro 5G yang tampil dengan cip Dimensity 8300-Ultra.

Poco X6 Pro 5G  tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 12-bit dengan sokongan HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan maksima mencecah 1,800nits serta sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, X6 Pro 5G dikuaskan cip Dimensity 8300 Ultra, 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0.

Pada bahagian belakang, Poco X6 Pro 5G memiliki sensor utama 64MP dengan OIS. Terdapat juga sensor ultrawide 8MP 120° dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, Poco X6 Pro 5G  ini tampil dengan bateri berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan 90W (0-100% dalam 34 minit) dan terdapat sistem penyejukan VC berukuran 5,000mm².

Dalam pada itu, Poco X6 Pro 5G  tampil dengan sistem operasi HyperOS yang berasaskan Android 14, NFC, Bluetooth 5.3 dan bicu audio 3.5mm.

Poco X6 Pro 5G  akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Yellow, dan Grey pada harga promosi pembelian terawal dari 11 hingga 18 Januari di Shopee.

Berikut adalah harga Poco X6 Pro 5G di Malaysia :

  • Poco X6 Pro 5G 8/256GB – RM 1,299 (RRP RM 1,499)
  • Poco X6 Pro 5G 12/512GB – RM 1,499 (RRP 1,699)
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.