Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic V2 RSR Porsche Design kini rasmi dengan rekaan ikonik Flyline – harga RM 10,370

Selain Honor Magic6 Series, Honor juga telah memperkenalkan telefon pintar pertama syarikat ini hasil kerjasama Porsche Design yang diumumkan bulan lalu.

Honor Magic V2 RSR Porsche Design tampil dengan spesifikasi dalaman yang sama seperti Magic V2 yang biasa namun ianya ditawarkan didalam konfigurasi sahaja iaitu 16GB RAM dan storan dalaman 1TB.

Honor Magic V2 RSR didatangkan dalam warna Porsche Agate Grey yang ikonik dan badannya menggabungkan rekaan ikonik Porsche “Flyline” – rekaan bumbung kereta yang menyondong ke bawah pada bahagian belakang.

Selain itu, rekaan Flyline ini adalah agresif dan panel belakang telefon pintar ini menerapkan elemen kelajuan yang sinonim dengan kereta Porsche.

Honor Magic V2 RSR Porsche Design akan ditawarkan di China mulai 12 Januari pada harga CNY 15,999 (RM 10,370).

Bagi pengguna di Malaysia, Honor Magic V2 akan dilancarkan di pasaran tempatan pada 16 Januari ini.

Jom Baca : Pandang Pertama HONOR Magic V2 – telefon pintar foldable ternipis didunia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.