Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama HONOR Magic V2 – telefon pintar foldable ternipis didunia

Honor Magic V2 Malaysia

HONOR Magic V2

HONOR Malaysia menyambut tahun baru 2024 dengan pengumuman bahawa ianya bakal melancarkan telefon pintar flagship foldable terkini syarikat ini iaitu HONOR Magic V2 pada 16 Januari ini yang juga merupakan telefon pintar boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia.

HONOR Magic V2 telah dilancarkan di pasaran China pada bulan Julai yang lalu dan telefon pintar ini telah mendapat sambutan hangat dan mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat teknologi di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Dengan pelancaran HONOR Magic V2 semakin hampir, HONOR Malaysia telah menghantar Magic V2 kepada kami dan ini adalah pandang pertama kami mengenai telefon pintar boleh lipat ternipis dunia ini.

Ketebalan 9.9mm

HONOR Magic V2 merupakan telefon boleh lipat pertama dipasaran dengan ketebalan di bawah 1cm apabila dilipat atau hanya 4.7mm apabila dibuka. Sebagai perbandingan, ketebalan HONOR Magic V2 ini ketika dibuka adalah bersamaan dengan tiga keping kad kredit yang disusun.

Selain itu, Magic V2 juga sangat ringan apabila dipegang  iaitu dengan berat hanya 231 gram iaitu lebih ringan berbanding kebanyakkan telefon pintar flagship tradisional.

Ketahanan Terbaik

Jika ketahanan adalah satu isu yang biasa menimbulkan keraguan kepada bakal pembeli, anda tidak perlu lagi berfikir tentang perkara ini kerana Magic V2 mampu menahan lebih 400,000 lipatan atau 100 kali lipatan sehari yang membolehkan telefon pintar ini  mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun.

Walaubagaimanapun, HONOR Magic V2 tidak mempunyai sebarang perlindungan kalis air dan habuk.

Engsel titanium lebih nipis & lebih kukuh

HONOR Magic V2 menampilkan engsel titanium sangat ringan yang diperbuat daripada aloi titanium, sejenis material gred aeroangkasa yang 150% lebih kukuh berbanding aloi aluminium.

Selain itu, untuk meningkatkan lagi ketahanan, HONOR turut menggunakan keluli HONOR Shield Steel pada bahagian utama engsel telefon pintar ini.

Bateri Karbon Silikon berkapasiti 5,000mAh

Anda pasti terkejut untuk mengetahui bahawa HONOR Magic V2 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh walaupun ianya tampil sebagai telefon pintar boleh lipat ternipis didunia.

HONOR telah menggunakan bateri karbon silikon yang lebih nipis dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang mampu mengecas penuh bateri ini didalam masa 46 minit sahaja.

Skrin Paparan LTPO OLED

HONOR Magic V2 menampilkan skrin paparan utama berukuran 7.92-inci yang merupakan paparan yang lebih besar berbanding panel skrin yang digunakan pada HONOR Magic V.

Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1.07 bilion warna dan HDR10+. Terdapat juga kamera selfie 16MP dan kedua panel skrin ini juga mempunyai sokongan stylus.

Selain itu, HONOR Magic V2 turut hadir dengan skrin paparan cover 10-bit OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 120Hz dengan kecerahan maksima 2,500nits.

Prestasi Peranti

HONOR Magic V2 hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 2 dengan OS Turbo X,  12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Cipset ini menjanjikan prestasi kelas flagship walaupun ianya adalah cipset flagship 2023 namun dijangka akan kekal relevan untuk tempoh beberapa tahun lagi.

Kamera

HONOR Magic V2 tampil dengan sensor utama 50MP dengan aperture f/1.9 dan OIS, sensor ultrawide 50MP f/2.0 dan sensor telefoto 20MP dengan 2.5x zoom optik dan OIS.

penggunaan tiga sensor beresolusi tinggi pada telefon pintar boleh lipat terbaru HONOR ini kelihatan mampu menawarkan kualiti fotografi yang baik namun kami tidak sempat untuk menguji sistem kamera ini.

Penutup

HONOR Magic V2 adalah sebuah telefon pintar boleh lipat yang nipis yang mana ianya boleh dikatakan lebih ringan berbanding kebanyakkan telefon pintar flagship 2023 dipasaran.

Akhir sekali, HONOR Magic V2 mempunyai potensi untuk memecah dominasi telefon pintar tradisional kerana ianya menawarkan rekaan yang ringan sambil menawarkan pengalaman skrin yang lebih luas baik untuk produktiviti mahupun hiburan.

Jangan lupa saksikan pelancaran HONOR Magic V2 pada 16 Januari ini bermula jam 8 malam di laman Facebook HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.