Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor sahkan pelancaran telefon pintar foldable ternipis di Malaysia pada bulan Januari

Honor secara rasminya telah mengesahkan bahawa ianya akan memperkenalkan sebuah model telefon pintar flagship di Malaysia pada bulan Januari ini bagi memulakan kitaran pelancaran bagi tahun 2024.

Pengesahan rasmi mengenai telefon pintar ini telah dibuat melalui akaun Facebook Honor Malaysia dan Honor juga mendakwa bahawa telefon pintar ini akan menjadi antara yang ternipis dan teringan di Malaysia.

Bersama pengesahan rasmi ini, pihak Honor Malaysia juga telah berkongsi beberapa poster yang sedikit sebanyak mendedahkan model telefon pintar yang akan dilancarkan ini.

Memandangkan ianya hampir pasti adalah sebuah telefon pintar foldable, model yang akan dilancarkan ini kelihatan seperti Honor Magic V2 yang hanya ditawarkan di China dan ianya merupakan antara telefon pintar foldable ternipis dengan ketebalan 4.7mm ketika dibuka  (9.9mm ketika dilipat) dan berat hanya 231 gram.

Nantikan pengumuman lanjut pada 3 Januari 2024 dengan mengikuti perkembangan HONOR di laman web dan Facebook rasmi HONOR Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.