Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI nova 12 Pro dan nova 12 Ultra kini rasmi – harga dari RM 2,894

huawei nova 12 series malaysia

HUAWEI secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar nova 12 Series di China dan ianya terdiri daripada 4 model iaitu nova 12, nova 12 lite, nova 12 Pro dan nova 12 Ultra.

Didalam artikel ini, kita akan memfokuskan kepada nova 12 Pro dan nova 12 Ultra. Kedua model ini adalah sama namun model Pro tampil dengan berat yang lebih tinggi dan tiada panel faux leather.

HUAWEI nova 12 Pro dan nova 12 Ultra tampil dengan skrin paparan LTPO OLED berukuran 6.76-inci dengan kadar segar semula 1-120Hz bersama resolusi 2,776×1,224 piksel. Panel ini menyokong 1 bilion warna, memiliki lapisan Kunlun Glass dan lubang punch-hole selfie yang menempatkan sensor utama ultrawide 100° 60MP dengan pemfokusan auto dan sensor 8MP yang menawarkan 2x zoom optik untuk potret.

Selain itu, pada bahagian belakang, telefon pintar ini tampil dengan modul kamera yang menempatkan satu sensor utama 50MP RYYB yang memiliki aperture fizikal boleh ubah f/1.4-4.0 dan sensor ultrawide 8MP dengan 112° FOV. Ianya juga memiliki sensor pemfokusan laser dan flash LED.

Beralih kepada bahagian dalaman, HUAWEI nova 12 Pro dan nova 12 Ultra tampil dengan cip Kirin 9000S (tidak diumumkan secara rasmi), storan dalaman sehingga 1TB, antarmuka HarmonyOS 4 dan sensor capjari dalam skrin.

Selain itu, ianya juga memiliki bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 100W, GPS, NFC, pembesar suara stereo dan sistem permesejan dan panggilan satelit dua hala.

HUAWEI nova 12 Ultra akan ditawarkan pada harga dari CNY 4,699 (RM 3,043) manakala nova 12 Pro ditawarkan pada harga dari CNY 4,399 (RM 2,849).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.