Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 12 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin AMOLED 144Hz bersama cip Snapdragon 8 Gen 3 – RM 3,399

iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu iQOO 12 5G yang merupakan telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

iQOO 12 Series telah dilancarkan di China pada 7 November yang lalu dimana dua model telah dilancarkan iaitu iQOO 12 5G dan iQOO 12 Pro 5G.

iQOO 12 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2800×1260 piksel bersama kadar segar semula 144Hz dan kecerahan maksima 3,000nits , cip Snapdragon 8 Gen 3 + cip Q1,  16GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 4.0.

Selain itu, iQOO 12 5G ini juga memiliki sistem kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP (Astrography) OmniVision OV50H dengan OIS 2.0, sensor telefoto 64MP f/2.57 yang juga memiliki OIS, 3x zoom optikal dan 100x zoom digital. Sensor ketiga adalah sensor ultrawide 119° 50MP dengan sokongan mod makro dan tidak lupa juga sensor selfie 16MP.

Dalam pada itu, iQOO 12 5G akan memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W, sistem penyejukan Vapor Chamber dan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14. iQOO juga telah mengesahkan bahawa iQOO 12 5G akan menerima 3 kemaskini Android dan 4 tahun kemaskini keselamatan Android.

iQOO 12 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Legend dan Alpha pada harga RM 3,399.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.