Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 40 Series kini rasmi dengan rekaan skrin seperti Dynamic Island

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Infinix HOT 40 Series yang terdiri daripada tiga model iaitu HOT 40 Pro,  HOT 40, dan HOT 40i.

Kesemua model Infinix HOT 40 ini menampilkan rekaan skrin paparan yang mempunyai ciri seperti Dynamic Island yang dikenali sebagai Magic Ring manakala modul kamera juga dilihat sama seperti pada iPhone.

Infinix HOT 40 Pro

Infinix HOT 40 Pro hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 500nits. Ianya juga dikuasakan cip Helio G99, 8GB RAM LPDDR4x (8GB Virtual RAM) dan storan dalaman UFS 2.2 berkapasiti 256GB.

Selain itu, Infinix HOT 40 Pro turut disertakan dengan sensor utama 108MP, sensor makro 2MP dan sensor depth. Kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, HOT 40 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, sensor capjari pada sisi dan antaramuka XOS 13.5 yang berasaskan Android 13.

Infinix HOT 40

Infinix HOT 40 hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksima 500nits. Ianya juga dikuasakan cip Helio G88, 8GB RAM LPDDR4 (8GB Virtual RAM) dan storan dalaman UFS 2.2 berkapasiti 256GB.

Selain itu, Infinix HOT 40 turut disertakan dengan sensor utama 50MP, sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, HOT 40 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W, sensor capjari pada sisi dan antaramuka XOS 13.5 yang berasaskan Android 13.

Infinix HOT 40i

Akhir sekali adalah model entry-level HOT 40i yang hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 90Hz dan kecerahan maksima 480nits. Ianya juga dikuasakan cip UNISOC T606, sehingga 8GB RAM LPDDR4 (8GB Virtual RAM) dan storan dalaman UFS 2.2 berkapasiti 256GB.

Selain itu, Infinix HOT 40i turut disertakan dengan satu sensor utama 50MP kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, HOT 40i juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W, sensor capjari pada sisi dan antaramuka XOS 13.5 yang berasaskan Android 13.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.