Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 12 5G kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan sistem tri-kamera Hasselblad lebih berkuasa

OnePlus 12

OnePlus secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship 2024 mereka iaitu OnePlus 12 dan ianya merupakan satu-satunya model didalam siri flagship premium syarikat ini.

OnePlus 12 memiliki skrin paparan Super Fluid AMOLED 2K berukuran 6.82-inci dengan kadar segar semula 120Hz (1-120Hz) dan kecerahan maksima mencecah 4,500nits serta rain touch technology.

Selain itu, OnePlus 12 juga dikuasakan dengan cip terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 3 yang membawakan 30% peningkatan prestaso CPU dan 25% peningkatan prestasi GPU serta 10% lebih cekap tenaga. Ianya dipadankan dengan RAM jenis LPDDR5X berkapasiti sehingga 24GB dan storan dalaman jenis UFS 4.0 berkapasiti tinggi sehingga 1TB.

Bercakap mengenai kamera, OnePlus 12 memiliki sensor utama LYT808 50MP yang dibangunkan dengan kerjasama Sony dan OIS manakala sensor ultrawide yang digunakan adalah sensor 48MP Sony IMX581 yang mempunyai pemfokusan auto bersama sokongan fotografi makro dan sensor periskop telefoto 3x OV64B 64MP.

Seterusnya, OnePlus 11 juga memiliki sensor telefoto 32MP 2x iaitu Sony IMX709 yang merupakan sensor RGWB untuk meningkatkan penyerapan cahaya dan memberikan hasil potret yang lebih profesional.

Melengkapkan teknologi kamera ini adalah sentuhan daripada Hasselblad generasi ke-4  yang akan memastikan OnePlus sebagai antara telefon pintar flagship dengan teknologi kamera terbaik pada tahun 2024.

Tidak lupa juga, OnePlus 12 turut memiliki kamera selfie 32MP.

Bercakap mengenai bateri, OnePlus 12 hadir dengan bateri berkapasiti 5,400mAh yang turut disertakan dengan pengecasan pantas 100W dan pengecasan tanpa wayar kini kembali ditawarkan iaitu 50WAIRVOOC. Terdapat juga sistem penyejukan Dual Cryo-velocity yang menambah baik kawasan permukaan penyejukan, bahan penyejuk dan reka bentuk struktur.

OnePlus 12 akan dilancarkan dengan Color OS 14 yang berasaskan Android 14, motor vibrasi X-linear yang pasti menjadi ciri yang diminati gamers, sensor capjari dalam skrin, penarafan IP65, WiFi 7 dan butang alert slider dibahagian kanan.

OnePlus 12 akan ditawarkan didalam tiga warna White, Green dan Black pada harga yang bermula dari CNY4,299 (RM 2,805).

Jualan rasmi di China akan bermula 11 Disember ini manakala pelancaran global adalah pada 29 Januari 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.