Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K70E dilancarkan dengan cip Dimensity 8300-Ultra

Redmi K70E dilancarkan dengan cip Dimensity 8300-Ultra 9Selain Redmi K70 dan Redmi K70 Pro, Redmi juga telah memperkenalkan Redmi K70E yang tampil dengan cip Dimensity 8300-Ultra.

Redmi K70E dilancarkan dengan cip Dimensity 8300-Ultra 10

Redmi K70E tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 12-bit dengan sokongan HDR10+, Dolby Vision dan kecerahan maksima mencecah 1,800nits. Ianya dikuaskan cip Dimensity 8300 Ultra, 12GB atau 16GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0.

Redmi K70E dilancarkan dengan cip Dimensity 8300-Ultra 11

Pada bahagian belakang, Redmi K70E memiliki sensor utama 64MP denga OIS. Terdapat juga sensor ultrawide 8MP 120° dan sensor makro 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, Redmi K70E ini tampil dengan bateri berkapasiti 5,500mAh dengan pengecasan 90W (0-100% dalam 34 minit) dan terdapat sistem penyejukan VC berukuran 5,000mm².

Redmi K70E dilancarkan dengan cip Dimensity 8300-Ultra 12

Dalam pada itu, Redmi K70E tampil dengan sistem operasi HyperOS yang berasaskan Android 14, NFC, Bluetooth 5.3 dan bicu audio 3.5mm.

Redmi K70E akan ditawarkan didalam tiga warna pada harga dari CNY 1,999 (RM 1,305)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.