Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K70 dan Redmi K70 Pro kini rasmi dengan cip terbaru Qualcomm dan HyperOS

Seperti dilaporkan Redmi telah memperkenalkan telefon pintar flagship mereka iaitu Redmi K70 Series dan didalam artikel ini kita akan memperkatakan tentang Redmi K70 dan Redmi K70 Pro.

Redmi K70

Redmi K70 tampil dengan skrin paparan OLED 6.67-inci dengan resolusi 1440p dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 12-bit yang mampu memaparkan 68.7 bilion warna dengan kecerahan maksima mencecah 4,000nits. Ianya dikuaskan cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB atau 16GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0

Pada bahagian belakang, Redmi K70 memiliki sensor utama 50MP 1/1.55” dengan aperture f/1.6 dan OIS. Terdapat juga sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seterusnya, Redmi K70 ini tampil dengan bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 120W (0-100% dalam 18 minit) dan terdapat sistem penyejukan VC berukuran 5,000mm².

Dalam pada itu, Redmi K70 tampil dengan sistem operasi HyperOS yang berasaskan Android 14, NFC, Bluetooth 5.3 dan bicu audio 3.5mm.

Redmi K70 akan ditawarkan didalam warna White, Black, Moonstone Blue, dan Violet pada harga dari CNY2,499 (RM 1,632) sehingga CNY3,399 (RM 2,208).

Redmi K70 Pro

Redmi K70 Pro tampil dengan paparan yang iaitu panel OLED berukuran 6.67-inci yang dibangunkan bersama TCL. Ianya tampil dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, sehingga 24GB RAM jenis LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB jenis UFS 4.0

Selain itu, Redmi K70 Pro tampil dengan sensor utama 50MP yang memiliki OIS, sensor telefoto 50MP dengan 2x zoom optik dan sensor ultrawide 12MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, Redmi K70 Pro juga memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan 120W, HyperOS, NFC dan Bluetooth 5.3.

Redmi K70 Pro ini tampil didalam tiga warna iaitu Black, White, dan Blue pada harga dari CNY 3,299 (RM 2,154) sehingga CNY 4,399 (RM 2,873).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.