Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V29 5G First Love Pink kini rasmi di Malaysia – RM 1,799

vivo secara rasminya telah mengumumkan penawaran warna baharu bagi telefon pintar terbaru vivo V Series mereka iaitu vivo V29 5G.

vivo V29 5G  kini tampil didalam warna First Love Pink yang sudah pastinya menjadi pilihan golongan wanita.

vivo V29 5G ini memiliki skrin paparan 3D curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga memiliki sokongan HDR10+ dan kepadatan piksel 452ppi.

Selain itu, vivo V29 5G juga hadir dengan cip Qualcomm Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih kepada kamera, telefon pintar ini juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan OIS,  sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta lampu flash LED Aura Light yang memberikan anda hasil potrait yang lebih menarik.

Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah jenis 50MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, V29 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W FlashCharge, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 186 gram.

Selain warna First Love, vivo V29 5G juga ditawarkan didalam warna Starry Purple dan Noble Black pada harga RM 1,799 bagi versi 12/256G

Selain itu, setiap pra-tempahan vivo V29 5G First Love akan menerima kalendar kedatangan dan lilin wangi Haroma.

Dapatkan vivo V29 5G First :  https://mshop.vivo.com/my/product/2319

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.