Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno11 dan Reno11 Pro kini rasmi – harga dari RM 1,636

Oppo secara rasminya telah memperkenalkan Reno11 Series iaitu Oppo Reno 11 dan Reno 11 Pro yang merupakan siri midrange syarikat ini.

Oppo Reno11

Oppo Reno11 tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1080p bersama sensor capjari dalam skrin. Ianya dikuasakan cip Dimensity 8200, 8GB/12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, kamera dibelakang Reno 11 ini adalah sensor utama 50MP LYT600 yang memiliki aperture f/1.8, pemfokusan auto, sensor potret 32MP dengan 2x zoom manakala sensor ultrawide adalah 8MP dengan 112° FoV. kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Reno11 juga memiliki bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan 67W (0-50% dalam 19 minit sahaja) dan NFC.

Reno11 100 kini ditawarkan di China pada dari CNY 2,499 (RM 1,636) didalam 3 warna iaitu Black, White dan Green.

Oppo Reno11 Pro

Reno11 Pro pula tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.74-inci dengan resolusi 2772 x 1240 piksel dengan kecerahan maksima 1,600 nits. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Selain itu, kamera Reno11 Pro ini adalah sensor utama 50MP IMX890 yang lebih berkuasa bersama OIS, sensor ultrawide adalah 8MP dengan 112° FoV dan sensor 32MP yang turut memiliki OIS dan menawarkan 50x zoom. kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Oppo Reno11 Pro  juga memiliki bateri berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan 80W, NFC dan ColorsOS 14 yang berasaskan Android 14.

Oppo Reno 11 kini ditawarkan di China pada dari CNY 3,499 (RM 2,291) dan tampil didalam 3 warna iaitu Black, White dan Green.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.