Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 100 Series dilancarkan secara rasmi dengan cipset dan kamera kelas flagship

Honor 100 Series

Honor secara rasminya telah memperkenalkan siri telefon terbaru mereka iaitu Honor 100 Series di China iaitu Honor 100 dan Honor 100 Pro yang mana kedua model ini menawarkan pengecasan pantas 100W dan cip frekuensi radio C1 untuk kualiti panggilan yang lebih baik.

Honor 100 Malaysia

Honor 100

Honor 100 tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi 1220p bersama sensor capjari dalam skrin. Ianya juga merupakan peranti pertama dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3, 12GB/16GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB/512GB.

Selain itu, kamera dibelakang Honor 100 ini adalah sensor utama 50MP IMX906 yang memiliki aperture f/1.95 dan OIS manakala sensor ultrawide adalah 12MP dengan 112° FoV. kamera selfie adalah 50MP.

Seterusnya, Honor 100 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 100W, NFC, pembesar suara Honor Histen dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Honor 100 kini ditawarkan di China dari  CNY 2,499 (RM 1,636) didalam 4 warna iaitu Black, White, Blue, dan Purple.

 

Honor 100 Pro

Honor 100 Pro tampil dengan skrin paparan OLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1220p bersama sensor capjari dalam skrin. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2, 12GB/16GB RAM dan storan dalaman 256GB/1TB.

Selain itu, kamera Honor 100 Pro ini adalah sensor utama 50MP IMX906 yang memiliki aperture f/1.95 dan OIS, sensor ultrawide adalah 12MP dengan 112° FoV dan sensor 32MP yang turut memiliki OIS dan menawarkan 50x zoom. kamera selfie adalah 50MP.

Seterusnya, Honor 100 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 100W dan 66W pengecasan tanpa wayar, sistem penyejukan VC 4,674mm² NFC, pembesar suara Honor Histen, cip C1 dan MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Honor 100 kini ditawarkan di China pada CNY 3,399 (RM 2,251) bagi versi 12/255GB dan CNY 4,399 (RM 2,880) bagi versi 16GB/1TB. Ianya tampil didalam 4 warna iaitu Black, White, Blue dan Purple (blue dan purple memiliki kemasan faux leather).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.