Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade V40 Vita dengan bateri 6,000mAh kini rasmi di Malaysia – RM 599

ZTE Malaysia secara rasminya telah melancarkan ZTE Blade V40 Vita yang telah diperkenalkan di MWC 2022 bersama tiga lagi model Blade V40 Series.

ZTE Blade V40 Vita hadir dengan spesifikasi kelas entry-level iaitu dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.75-inci dengan resolusi HD+.

Selain itu, Blade V40 Vita ini juga memiliki cip Unisoc T606 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB jenis UFS 2.2.

ZTE Blade V40 Vita ini juga mempunyai kombinasi sensor utama 48MP dan sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Dalam pada itu, ZTE Blade V40 Vita juga memiliki bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 22.5W, antaramuka MyOS 11 berasaskan Android 11 dan sokongan Tri-SIM.

ZTE Blade V40 Vita akan mula ditawarkan pada pertengahan Jun secara eksklusif di Shopee pada harga RM 599 dengan setiap pembelian akan turut menerima ZTE Bluetooth Speaker.

ZTE Blade V40 Vita akan ditawarkan dalam warna Zeus Black dan Pine Green.

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.