Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempah Honor X9b 5G pada harga RM 9 sahaja – peluang menangi cashback sehingga RM 1,500

HONOR X9b 5G  akan dilancarkan secara rasmi pada 1 November ini dan HONOR juga menawarkan peluang untuk memenangi pulangan wang sehingga RM 1,500.

Honor X9b

 Bermula 27 Oktober hingga 31 Oktober, anda boleh menempah HONOR X9b 5G dengan deposit RM 9 dan pembeli juga berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,500.

Selain itu, pembeli juga akan turut menerima hadiah bernilai sehingga RM 978 – termasuk Penggantian Skrin hadapan & panel belakang 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5 dan HONOR CHOICE MOECEN Band.

Untuk penghantaran, pelanggan yang membuat pembelian semasa tempoh pembelian awal ini akan menjadi antara yang pertama menerima HONOR X9b 5G. 

Jom baca : Pandangan Pertama Honor X9b – telefon pintar All-angle Ultra Tough

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.