Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Honor X9b – telefon pintar All-angle Ultra Tough

Honor X9b

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor X9b akan dilancarkan di Malaysia pada 1 November ini dan ini adalah pandangan pertama kami tentang telefon pintar terbaru Honor ini.

Honor X9b 5G merupakan telefon pintar yang akan menepis semua kebimbangan anda apabila ianya terdedah kepada insiden yang tidak diingini seperti jatuhan dan hentakan.

Selain itu, Honor X9b 5G adalah telefon pintar yang tampil dengan gelaran All-angle Ultra Tough yang bermaksud ianya adalah kukuh dari semua sudut.

Berikut adalah 5 perkara yang menjadikan HONOR X9b 5G sebagai telefon pintar All-angle Ultra Tough :

Ketahanan Peranti 360°

HONOR X9b menampilkan penggunaan skrin HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop yang menawarkan rintangan jatuh yang menyeluruh, melindungi kedua-dua bahagian skrin hadapan dan belakang peranti.

Perlindungan 3 Peringkat

HONOR X9b memiliki struktur tiga lapisan pengukuhan  skrin, perlindungan disekeliling skrin, dan perlindungan kedap dalam kerangka yang bertujuan untuk melindungi skrin, bingkai dan komponen dalaman.

Bahan Kusyen Canggih

HONOR X9b tampil dengan bahan kusyen yang canggih dan mampu meresap impak jatuhan sehingga 1.2 kali, memastikan peranti anda tetap selamat walaupun terdedah kepada situasi ekstrem. 

Ketahanan Diiktiraf SGS

HONOR X9b dengan bangganya telah meraih gelaran  sebagai telefon pintar pertama pertama dunia mendapat penarafan 5 bintang rintangan jatuh setiap sudut dari SGS Switzerland.

 Penggantian Percuma Skrin &  Panel Belakang untuk tempoh 365 hari dari pembelian

HONOR X9b merupakan telefon pintar pertama dalam industri menawarkan pengguna penggantian percuma skrin  depan dan panel belakang untuk setahun selepas pembelian.

Pra-tempahan HONOR X9b akan dibuka mulai 27 Oktober ini dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 987 yang termasuk Honor Choice Earbuds X5 dan Honor Choice Moecen Band.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.