Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Find N3 Flip Pop-Up Experience Store kini dibuka di Pavillion Kuala Lumpur

OPPO Malaysia telah mengumumkan pembukaan OPPO Find N3 Flip Pop-Up Experience Store di pintu masuk utama Pavilion Kuala Lumpur, dari 17 Oktober hingga 22 Oktober 2023.

Ini adalah satu peluang untuk orang ramai untuk mencuba sendiri inovasi terbaru OPPO iaitu Find N3 Flip sebelum pelancaran rasmi.

Find N3 Flip memperkenalkan beberapa ciri terkini, termasuk sistem kamera yang luar biasa, cover screen yang lebih intuitif, paparan tanpa kesan lipatan dan banyak lagi.

Selain itu, OPPO Find N3 Flip Pop-Up Experience Store menawarkan pelbagai demo mengenai ciri-cirinya yang menakjubkan.

Dalam pada itu, beberapa podium foto juga telah disediakan untuk menguji kemampuan tiga kamera pengimejan Find N3 Flip. Cipta gambar muka depan fesyen anda menggunakan OPPO Find N3 Flip untuk dikongsi di media sosial anda, sambil mencetak foto anda di sana.

Selain itu, terdapat ganjaran yang hebat untuk mereka yang berkongsi foto mereka di media sosial. Dengan mengikuti beberapa langkah mudah, anda berpeluang memenangi hadiah eksklusif, termasuk OPPO Enco Air2 Pro. Berikut ialah cara untuk mengambil bahagian:

Langkah 1: Pinjam telefon Find N3 Flip daripada krew OPPO dan mulakan perjalanan fotografi anda di mana-mana podium khusus dalam gedung pop-up store.

Langkah 2: Pelanggan mendapatkan foto mereka dicetak oleh krew.

Langkah 3: Kongsi karya fotografi anda di platform media sosial, menggunakan hashtag khusus #OPPOFindN3Flip dan #FashionReimagined.

Langkah 4: Pergi ke OPPO Brand Store kami di Aras 5, Pavilion KL untuk menuntut lencana pin eksklusif OPPO dan aiskrim Yole.

Langkah 5: Pengguna yang telah mengambil bahagian di atas akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Kuan Sisters pada 21 Oktober semasa Peraduan Fashion Reimagined, dengan peluang untuk memenangi OPPO Enco Air2 Pro.

Pada hujung minggu, mari sertai kami untuk pertemuan yang luar biasa dengan Kuan Sisters! Mereka akan membuat kemunculan pada 21 Oktober 2023 (Sabtu) dari 6:00 petang hingga 8:00 malam, kerana peminat terpilih mendapat peluang untuk mengubah suai fesyen oleh Kuan Sisters sendiri.

OPPO Find N3 Flip akan tiba di Malaysia tidak lama lagi dan ianya kini tersedia untuk pra-tempahan  sehingga 18 Oktober 2023. Pengguna perlu membayar deposit RM100 untuk mendapatkan telefon flip ini Sebagai sebahagian daripada promosi pra-tempahan , anda akan menerima pelan perlindungan skrin percuma dan rebat RM200 yang mempunyai nilai keseluruhan RM899.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.