Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic Vs2 kini rasmi dengan rekaan lebih nipis dan panel OLED LTPO terkini

Honor secara rasminya telah memperkenalkan Honor Magic Vs2 di China dan ianya membawakan bingkai aloi magnesium yang dikemas kini dengan engsel titanium Luban yang baru dibangunkan yang menjadikanya lebih ringan iaitu hanya 229gram.

Honor Magic Vs2 kini hadir dengan skrin paparan cover 10-bit OLED berukuran 6.43-inci yang mempunyai kadar segar semula 1Hz-120Hz dengan kecerahan maksima 2,500nits.

Beralih kepada skrin paparan utama pula, Honor Magic Vs2 memiliki skrin paparan  LTPO OLED berukuran 7.9-inci bersama kadar segar semula  120Hz,  kecerahan maksima 1,600 nits dan kadar PWM dimming. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong 1 bilion warna dan HDR10+. Terdapat kamera selfie 16MP dan kedua panel skrin ini juga mempunyai sokongan stylus.

Selain itu, Honor Magic Vs2 masih hadir dengan cip 4nm Snapdragon 8 Gen 1 dengan OS Turbo X,  12GB atau 16GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih kepada kamera, Honor Magic Vs2 tampil dengan sensor utama baharu 50MP, sensor ultrawide 12MP  dan sensor telefoto 20MP dengan 2.5x zoom optik. 

Honor Magic Vs2 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang terdiri daripada dua sel bateri dan ianya juga menyokong pengecasan pantas 66W Honor SuperCharge yang menawarkan 100% pengecasan didalam masa 46 minit sahaja.

Selain itu, Honor Magic Vs2 turut memiliki sensor capjari pada butang kuasa sisi, sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) dibangunkan bersama Qualcomm, dual speaker IMAX dan antaramuka MagicOS 7.2 yang berasaskan Android 13.

Honor Magic Vs2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Velvet Black, Glacier Blue dan Coral Purple pada harga yang bermula dari CNY 6,999 (RM 4,503).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.