Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Open akan dilancarkan secara rasmi pada 19 Oktober ini

OnePlus secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar foldable mereka yang pertama iaitu OnePlus Open akan dilancarkan pada 19 Oktober ini.

OnePlus Open dijangka akan hadir dengan rekaan seperti kebanyakkan telefon pintar boleh lipat dan ianya turut akan memiliki butang fizikal notifications slider.

Selain itu, OnePlus Open juga dijangka akan menampilkan sistem kamera Hasselblad dan dijangka akan turut dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Memandangkan pelancaran OnePlus Open ini adalah pelancaran global, kita boleh menjangkakan bahawa ianya akan ditawarkan di lebih banyak pasaran antarabangsa didalam waktu terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.