Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI hadiahkan setiap pemenang pingat Sukan Asia 2022 seutas jam HUAWEI Watch GT 4

HUAWEI Malaysia sebentar tadi telah mengadakan majlis penyampaian HUAWEI GT 4 kepada penyumbang pingat negara di Sukan Asia 2022 yang telah berlangsung di Hangzhou baru-baru ini.

Majlis penyampaian jam pintar terbaru HUAWEI ini juga telah disaksikan bersama oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Yang Berhormat Hannah Yeoh.

Antara penyumbang pingat yang telah diraikan dengan pemberian Jam tangan pintar HUAWEI Watch GT adalah termasuk Dato’ Pandelela Rinong (Terjun), Ng Yan Yee (Terjun) dan Tan Cheong Min (Wushu) yang masa secara keseluruhan adalah sebanyak 60 atlet.

Selain itu, rakyat Malaysia yang melawat jerayawara itu juga akan berpeluang untuk membuat pra-pesanan HUAWEI WATCH GT 4  dan menikmati hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM580, berserta rebat segera sehingga RM4,400 untuk produk terpilih*.

Datang dan lawati jerayawara eksklusif HUAWEI ini di sini:

• Tarikh: 11 – 15 Oktober 2023

• Tempat: Ground Floor East Court, IOI City Mall, Putrajaya

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.