Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo dilaporkan akan melancarkan program penggantian bateri percuma tidak lama lagi

Degradasi bateri adalah satu perkara yang sering menghantui pengguna telefon pintar dan Oppo dilaporkan bakal melancarkan sebuah program yang dapat menjamin masalah ini tidak bermain difikiran bakal pembeli.

Sebagai permulaan, Oppo dilaporkan akan memperkenalkan program penggantian bateri percuma bagi telefon pintar Oppo A2 Pro yang akan dilancarkan di China pada 15 September ini.

Ini bermaksud, Oppo A2 Pro akan menerima satu penggantian bateri secara percuma didalam 4 tahun pertama selepas pembelian iaitu dengan syarat peratusan ‘battery health’ peranti tu jatuh ke bahawa 80%. Ini bermaksud bahawa Oppo amat yaking dengan teknologi bateri yang digunakan pada telefon pintar ini dan syarikat ini juga yakin ianya akan mengekalkan tahap kesihatan bateri yang lebih tinggi daripada 80% walaupun selepas 4 tahun penggunaan.

Walaubagaimanapun, masih belum jelas samada Oppo akan menawarkan jaminan yang sama kepada semua model telefon pintar Oppo pada masa hadapan selain turut ditawarkan dipasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.