Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max memiliki 8GB RAM

Majlis pelancaran  Apple “Wonderlust” telah berlangsung awal pagi tadi dan syarikat ini telah melancarkan generasi baharu Apple iPhone 15 bagi tahun 2023.

Apa yang Apple tidak perkatakan pada pentas pelancaran ini adalah kapasiti RAM yang dimiliki Apple iPhone 15 Series namun maklumat ini telah didedahkan oleh MacRumors.

Kita mulakan dengan kapasiti RAM pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang telah disahkan akan memiliki 8GB RAM iaitu 2GB lebih besar berbanding 6GB RAM pada iPhone 14 Pro Series.

Dalam pada itu, iPhone 15 dan iPhone 15 Plus pula memiliki 6GB RAM yang sama seperti iPhone 14 dan iPhone 14 Plus.

Akhir sekali, Apple iPhone 15 Series akan mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada 22 September sebelum mula dijual secara rasmi pada 29 September ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.