Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung memperkenalkan aksesori Samsung Eco-Friends yang lebih mesra alam dan lebih bergaya

Samsung hari ini telah mengumumkan pelancaran barisan  ‘Samsung Eco-Friends’, yang menampilkan pelbagai aksesori dengan bahan kitar semula dan reka bentuk yang unik. Aksesori khas ini akan tersedia di lebih 40 negara, termasuk Malaysia, Korea, China, Belanda, Singapura, Afrika Selatan, U.A.E. dan A.S.

Samsung Eco-Friends ialah aksesori seperti sarung produk dan tali boleh pakai yang diperbuat daripada Post Consumer Material (PCM). Barisan Samsung Eco-Friends telah dicpita di Samsung Future Generation Lab, yang terdiri daripada pekerja global berumur 20-an dan mencerminkan nilai dan cita rasa generasi muda.

Selain itu, Samsung Future Generation Lab juga membantu rakan kongsi mengembangkan jualan mereka melalui Program Perkongsian Aksesori Mudah Alih Samsung (SMAPP).

Produk Samsung Eco-Friends ini menampilkan 11 watak dan reka bentuk yang popular di seluruh dunia. Kerjasama ini membawakan karya TOILETPAPER, Smiley dan Keith Haring. Barisan ini juga termasuk reka bentuk artis K-pop terkenal, iaitu SKZOO.

Khususnya, aksesori dengan reka bentuk TOILETPAPER patut diberi perhatian. TOILETPAPER ialah studio kreatif yang berpengaruh di Itali, terkenal dengan kerja kreatif yang unik. Reka bentuk studio telah digunakan pada panel ‘Samsung Bespoke Refrigerator’, dan kini meluas ke aksesori mudah alih. Grafik mawar yang diumumkan awal tahun ini, serta grafik gincu popularnya, digunakan pada Samsung Eco-Friends.

Samsung Eco-Friends terdiri daripada aksesori untuk produk mudah alih seperti Galaxy Z Flip5 serta projektor mudah alih The Freestyle. Sebanyak 64 produk ditawarkan didalam reka bentuk yang menarik untuk dipilih oleh pelanggan untuk memperibadikan peranti mereka.

Turut tersedia bersama pelancaran ini ialah keupayaan untuk pelanggan menyelaraskan skrin telefon boleh lipat mereka dengan aksesori Samsung Eco-Friends melalui teknologi komunikasi (NFC) dan kod QR. Ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka dengan reka bentuk yang padat dari casing sehingga ke skrin.

Dengan pelancaran Galaxy Z Flip5, sarung Flipsuit eksklusif yang menampilkan kad Flipsuit berasaskan NFC  membolehkan pengalaman baharu dengan memainkan tema skrin secara automatik apabila ia dimasukkan ke dalam produk. Dengan hanya menggantikan kad Flipsuit yang disediakan oleh Samsung Eco-Friends, pelanggan boleh menetapkan tema skrin dengan mudah bergantung pada pilihan mereka.

Samsung merancang untuk terus mengembangkan penggunaan bahan kitar semula dalam Samsung Eco-Friends untuk menyampaikan nilai mementingkan alam sekitar dan mengemas kini barisan serta reka bentuknya untuk memperkayakan pengalaman pelanggan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.