Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix kini mempunya 2 juta pengguna berdaftar di Malaysia

Ketika pelancaran Infinix GT 10 Pro di Malaysia, Infinix juga telah mengumumkan bahawa ianya kini memiliki 2 juta pengguna berdaftar di Malaysia.

Pencapaian luar biasa ini adalah sesuatu yang menakjubkan memandangkan jenama ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia beberapa tahun lalu.

Selain itu, Infinix juga memfokuskan kepada perkhidmatan selepas jualan dan ini terbukti dengan pembukaan lebih dari 29 pusat servis yang kini beroperasi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Infinix juga dijangka akan memperkenalkan beberapa model telefon pintar Infinix untuk tahun 2023 dan salah satu daripada model tersebut mungkin adalah Infinix ZERO 30 5G yang dilancarkan di Venice baru-baru ini.

Infinix GT 10 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.