Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 10 Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999 sahaja

Infinix Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Infinix GT 10 Pro pada harga RM 999 sahaja.

Infinix GT 10 Pro mempunyai rekaan dan prestasi seperti sebuah telefon pintar gaming sebenar.

Infinix GT 10 Pro akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 yang merupakan cip 6nm daripada TSMC dan ianya juga memiliki GPU Mali-G77, 8GB RAM LPDDR4X (+8GB Virtual RAM) dan storan 256GB jenis UFS 3.1 serta 36-bulan fluency rating.

Selain itu, Infinix juga telah mengesahkan bahawa GT 10 Pro akan disertakan dengan 1 kemaskini Android dan 2 tahun kemaskini keselamatan Android.

Infinix GT 10 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED 10-bit berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz namun menyokong kandungan pada kadar 60Hz, 90Hz dan 120Hz. Ianya juga menyokong kadar pensampelan sentuhan pada kadar 360Hz.

Panel ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis, kecerahan maksima 900nits, 1,920Hz PWM dimming dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Beralih kepada bateri, GT 10 Pro memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan teknologi bypass charging.

Meningkatkan lagi pengalaman gaming pada telefon pintar ini adalah penggunaan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan enjin vibrasi 4D.

Dari segi kamera pula, GT 10 Pro memiliki sensor utama 108Mp dengan aperture f/1.75 dan ianya adalah sensor 1/1.67” bersama 2 sensor 2MP dan tidak lupa kamera selfie 32MP. Ianya juga disertakan dengan antaramuka Pure XOS 13 yang berasaskan Android 13 dan “Pure” ini membawa maksud lebih sedikit aplikasi pra-muatnaik dan tiada sebarang iklan.

Akhir sekali, Infinix GT 10 Pro akan ditawarkan pada harga RM 999 didalam dua warna iaitu Cyber Black dan Mirage Silver dan terdapat lampu mini-LED pada panel belakang.

Setiap pembelian Infinix GT 10 Pro dari 9 hingga 12 September turut menerima earbuds Infinix XE 27 bernilai RM 99 secara eksklusif di Shopee. Jualan rasmi di Malaysia akan bermula 13 September ini.

Infinix GT 10 Pro akan turut ditawarkan didalam kotak eksklusif yang disertakan dengan Carbon Kevlar Box, Universal Shoulder Trigger dan Gaming Sleeves serta jersi Homebois bagi pembelian jualan pertama.

Dapatkan Infinix GT 10 Pro di stor rasmi Infinix Mobile di Shopee Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.