Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max dilancarkan dengan USB-C, cip A17 Pro dan sensor periskop – dari RM 5,499

Apple iPhone 15 Pro Malaysia

Sesudah menyelesaikan Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, Apple beralih kepada pelancaran produk mercu mereka iaitu iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max yang tampil dengan rekaan hampir sama namun menggunakan rangka titanium, penggunaan USB-C dan Action Button yang boleh dipra-tetap untuk beberapa tugas sebagai ganti kepada mute switch.

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max tampil dengan skrin paparan ProMotion 120Hz berukuran 6.1-inci dan 6.7-inci dengan tatukan berbentuk pil yang menempatkan Face ID dan kamera selfie yang diberi nama Dynamic Island (Dynamic Island juga mempunyai animasi dan saiz yang berbeza mengikut senario tertentu).

Panel skrin ini menyokong kadar segar semula antara 1Hz sehingga 120Hz, mod Always-On display dan kadar kecerahan maksima mencecah 2,000nits yang menjadikanya antara yang paling cerah dipasaran.

Selain itu, Apple juga telah berjaya merampingkan lagi bezel sisi skrin ini kepada 1.55mm sahaja yang menjadikanya telefon pintar dengan bezel paling nipis dipasaran.

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max ini dijana cip Apple A17 Pro yang merupakan cip 3nm terbaru yang dikilangkan oleh TSMC dan ianya mungkin disertakan dengan 8GB RAM. Cip ini juga membawakan sokongan Ray Tracing buat pertama kali pada iPhone.

Seterusnya, cipset ini menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 10% manakala penjimatan tenaga adalah sekitar 30% lebih baik.

Beralih kepada kamera, Apple iPhone 15 Pro tampil sensor utama 48MP yang dikenali sebagai sensor Quad-Pixel yang masih menghasilkan gambar 12MP dan ianya disertakan bersama sensor ultrawide 13.6 MP dan sensor telefoto 12MP yang kini turut menyokong zoom optik.

Dalam pada itu, Apple iPhone 15 Pro Max akan tampil dengan tetapan kamera yang sama kecuali ianya akan memiliki sensor telefoto periskop yang menawarkan zoom optikal pada kadar 5x.

Selain itu, Apple juga menyertakan pemfokusan auto pada kamera selfie 12MP yang lebih baik dan terdapat pengstabilan Action Mode yang menyingkirkan keperluan gimbal untuk rakaman yang lebih stabil dan dengan Dolby Vision HDR pada kadar maksima 4K 60fps.

 

Apple iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Natural Titanium, Blue Titanium, White Titanium dan Black Titinaium. Ianya akan ditawarkan untuk pra-tempahan di Malaysia mulai 22 September ini pada harga bermula dari RM 5,499. Jualan rasmi bermula pada 29 September.

Berikut adalah harga iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max di Malaysia :

  • Apple iPhone 15 Pro 128GB – RM 5,499
  • Apple iPhone 15 Pro 256GB – RM 5,999
  • Apple iPhone 15 Pro 512GB – RM 6,999
  • Apple iPhone 15 Pro 1TB – RM 7,999
  • Apple iPhone 15 Pro Max 256GB – RM 6,499
  • Apple iPhone 15 Pro Max 512GB – RM 7,499
  • Apple iPhone 15 Pro Max 1TB – RM 8,499

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.