Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Spigen sahkan iPhone 15 Pro Series akan memiliki Action Button

Apple iPhone 15

Majlis pelancaran Apple hanya berbaki kurang 12 jam sahaja lagi dan pengeluar casing terkemuka Spigen seolah-olah telah mengesahkan bahawa telefon pintar iPhone 15 akan tampil dengan butang Action yang boleh dipra-tetap.

Menariknya, Spigen masih memaparkan gambar ini pada akaun X mereka dan ini memberikan petunjuk bahawa kebocoran maklumat ini mendapat ‘restu’ Apple.

Untuk maklumat, model iPhone 15 yang akan memiliki Action Button adalah iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max namun Dynamic Island akan ditawarkan semua model iPhone yang akan dilancarkan awal pagi esok.

Jangan lupa saksikan majlis pelancaran iPhone 15 bermula jam 1 pagi di Apple.com

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.