Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V29 5G tiba di Malaysia 20 September- previu awal di vivo store pavillion bukit jalil pada 16 September

vivo V29 5G Malaysia

vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V29 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 September ini dan peminat juga boleh mencuba telefon pintar ini pada 16 September dengan mengunjungi vivo concept store di Pavillion Bukit Jalil.

vivo V29 5G bakal membawakan ciri potret dan kamera setaraf flagship pada harga lebih berpatutan dan ini adalah spesifikasi telefon pintar ini.

vivo V29 5G akan memiliki skrin paparan 3D curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga memiliki sokongan HDR10+ dan kepadatan piksel 452ppi.

Selain itu, vivo V29 5G juga hadir dengan cipQualcomm Snapdragon 778G, 8GB atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Beralih kepada kamera, telefon pintar ini juga memiliki sensor utama 50MP Sony IMX766V dengan OIS,  sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP serta lampu flash LED (ring light).

Dalam pada itu, kamera selfie yang ditawarkan pada model ini adalah jenis 50MP yang mempunyai pemfokusan auto.

Selain itu, V29 5G ini juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W, antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13, Bluetooth 5.3, sokongan 5G NSA dan SA serta berat 186 gram.

vivo V29 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Starry Purple dan Noble Black.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.