Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi Note 13 Pro+ akan dilancarkan bulan ini dengan cip Dimensity 7200-Ultra dan sensor 200MP

Xioami telah mengesahkan bahawa Redmi Note 13 Pro+ akan dilancarkan secara rasmi di China pada bulan ini dan beberapa spesifikasi utama telefon pintar ini juga telah didedahkan melalui akaun weibo rasmi Redmi.

Telefon pintar terbaru Redmi ini akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 7200-Ultra yang merupakan cip 4nm yang dipertingkatkan dan ianya juga memiliki sensor 200MP ISOCELL HP3 yang sama seperti pada Redmi Note 12 Pro+ namun penggunaan cipset ini dijangka akan meningkatkan lagi kualiti imej yang diambil.

Buat masa ini, Xiaomi masih belum mendedahkan tarikh pelancaran Redmi Note 13 Series ini namun terdapat kemungkinan tinggi ianya akan terdiri daripada tiga model iaitu Redmi Note 13, Redmi Note 13 Pro dan Redmi Note 13 Pro+.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.