Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 15 September ini

realme 11x 5G

Susulan daripada pelancaran realme 11 5G baru-baru ini, realme kini telah mengumumkan bahawa realme 11x 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 15 September ini.

realme 11x 5G tampil dengan rekaan dan spesifikasi hampir sama seperti realme 11 5G.

realme 11x 5G memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dijana cip Dimensity 6100+, 6GB/8GB RAM (sehingga 16GB RAM dengan ciri Dynamic RAM) dan storan 128GB serta sokongan slot MicroSD.

Pada bahagian belakang, realme 11x 5G menampilkan penggunaan sensor utama 64MP bersama sensor potret 2MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 8MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC (0-50% dalam 29 minit) , realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan bicu audio 3.5mm.

realme 11x 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Purple Dawn namun maklumat harga bagi telefon pintar ini masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.