Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple disahkan guna modem 5G Qualcomm sehingga 2026

Apple dilaporkan telah menyambung perjanjian dengan Qualcomm yang akan menyaksikan syarikat ini menggunakan modem 5G keluarqn syarikat ini untuk tempoh tiga lagi bermula dari generasi iPhone 2024, 2025 dan 2026. Perjanjian semasa Apple dengan Qualcomm akan tamat pada tahun ini

Pengesahan ini tampil selepas terdapat laporan bahawa Apple mungkin beralih kepada modem 5G keluaranya sendiri menjelang tahun 2025.

Dalam pada itu, Apple merupakan klien terbesar bagi Qualcomm dimana hampir suku daripada pendapatan syarikat ini adalah dari syarikat gergasi Cupertino ini namun ini tidak menghalangnya membangunkan modem 5G tersendiri.

Seterusnya, Apple berharap untuk membangunkan modem 5G yang boleh diletakkan terus pada cip pemprosesan A-series yang akan menawarkan peningkatan menyeluruh dari segi jangka hayat dan bateri.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.