Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X6a kini rasmi di Malaysia pada harga RM 599 sahaja

Honor X6a Malaysia

Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa Honor X6a kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 599.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan TFT LCD 90Hz berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+, cip  MediaTek Helio G36, 6GB RAM, 128GB storan dalaman dan Magic OS 7.1 yang berasaskan Android 13. Ianya turut memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth dan sensor makro serta kamera selfie 5MP.

Selain itu, Honor X6a juga dilengkapi bateri 5,200mAh dengan pengecasan 22.5W yang mampu memberikan pengecasan ke tahap 31% dalam masa 20 minit sahaja.

HONOR X6a kini ditawarkan  pada harga RM 599 (6GB/128GB) didalam warna Sky Silver dan Midnight Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.