Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi capai jualan 1 juta unit Redmi 12 Series di India didalam masa 28 hari sahaja

Xiaomi Redmi 12 4G dan Redmi 12 5G telah dilancarkan di India pada 1 Ogos sebelum mula dijual pada 4 Ogos 2023 yang telah menyaksikan 300,000 unit berjaya dijual didalam sehari.

Kini, syarikat gergasi China ini telah mengumumkan bahawa ianya telah berjaua menjual 1 juta unit telefon pintar Redmi 12 Series di India didalam masa 28 hari sahaja.

Walaubagaimanapun, Xiaomi tidak mendedahkan pecahan unit yang terjual di antara Redmi 12 4G dan Redmi 12 5G namun kedua-dua model ini berkongsi spesifikasi yang sama kecuali cipset, jenis storan dan kamera belakang.

Rekod jualan ini sudah pasti disambut baik oleh Xiaomi memandangkan pasaran telefon pintar dijangka akan merudum sepanjang tahun ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.