Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix GT 10 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 September ini

Infinix Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Infinix GT 10 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 12 September ini dan pengesahan ini telah dibuat melalui jemputan media yang diterima oleh kami.

Infinix GT 10 Pro mempunyai rekaan dan prestasi seperti sebuah telefon pintar gaming sebenar dan ianya akan memiliki spesifikasi yang sama seperti yang ditawarkan dipasaran India.

Infinix GT 10 Pro akan dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 yang merupakan cip 6nm daripada TSMC dan ianya juga memiliki GPU Mali-G77, 8GB RAM LPDDR4X (+8GB Virtual RAM) dan storan 256GB jenis UFS 3.1.

Infinix GT 10 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED 10-bit berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz namun menyokong kandungan pada kadar 60Hz, 90Hz dan 120Hz. Ianya juga menyokong kadar pensampelan sentuhan pada kadar 360Hz.

Panel ini juga mempunyai sisi bezel yang nipis, kecerahan maksima 900nits, 1,920Hz PWM dimming dan sensor capjari terbina dalam skrin.

Beralih kepada bateri, GT 10 Pro memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan teknologi bypass charging.

Meningkatkan lagi pengalaman gaming pada telefon pintar ini adalah penggunaan pembesar suara stereo, bicu audio 3.5mm dan enjin vibrasi 4D

Dari segi kamera pula, GT 10 Pro memiliki sensor utama 108Mp dengan aperture f/1.75 dan ianya adalah sensor 1/1.67” bersama 2 sensor 2MP dan tidak lupa kamera selfie 32MP. Ianya juga disertakan dengan antaramuka Pure XOS 13 yang berasaskan Android 13 dan “Pure” ini membawa maksud lebih sedikit aplikasi pra-muatnaik dan tiada sebarang iklan.

Akhir sekali, Infinix GT 10 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cyber Black dan Mirage Silver dan terdapat lampu mini-LED pada panel belakang dan terdapat rekaan bertemakan Cyberpunk.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.