Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix ZERO 30 5G kini rasmi dengan cip Dimensity 8020 dan kamera selfie 4K 50MP

Infinix secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Infinix ZERO 30 5G di Festival Filem Antarabangsa Venice.

Telefon pintar ini dilihat memfokuskan kepada penawaran kamera selfie yang terbaik dan untuk itu ianya telah disertakan dengan sensor kamera selfie Samsung JN1 50MP yang mempunyai flash dan rakaman video 4K. Infinix juga telah mengumumkan penganjuran Mobile Vlog Awards (MVA) dimana ia mengajak anda membuat video Vlog menggunakan ZERO 30 5G ini.

Terus kepada spesifikasi, ZERO 30 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+, kadar segar semula 144Hz, kadar pensampelan 360Hz dan ianya juga memiliki panel skrin melengkung pada kedua-dua sisi yang turut dilapisi gelas keselamatan Gorilla Glass.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan cip Dimensity 8020, dua pilihan RAM iaitu 8GB atau 12GB dan storan dalaman 256GB. Ianya juga memiliki bateri 5,000mah dengan pengecasan pantas 68W.

Pada bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera iaitu sensor utama ISOCELL 108MP HM6 dengan OIS dan PDAF, sensor ultrawide 13MP dan sensor Depth 2MP. Terdapat lampu flash (gelung) yang digelar Aura Light.

Infinix ZERO 30 5G akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Golden Hour, Rome Green dalam kemasan vegan leather dan Fantasy Purple pada harga $339 (RM 1,574)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.