Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Watch6 Series – Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 1

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 2

Samsung Galaxy Watch6 Series – Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan

Samsung Galaxy Watch6 merupakan jam pintar terbaru daripada Samsung yang dikatakan sebagai jam pintar yang memberikan fokus seimbang kepada kesihatan dan kecergasan pengguna.

Selain aspek kecergasan, jam pintar Galaxy Watch6 turut mempunyai fungsi sebagai sebuah peranti yang mengawasi tahap kesihatan dan memberikan amaran awal jika terdapat sebarang masalah kesihatan.

Berikut adalah beberapa ciri kesihatan pada Galaxy Watch6 Series :

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 3

Pengawasan Kadar Degupan Jantung

Kurangkan kebimbangan anda dengan pakej pemantauan kesihatan jantung yang memberikan anda ketenangan fikiran, membolehkan anda fokus pada hari anda. Sensor PPG terbina dalam jam secara berkala mengukur kadar denyutan jantung dan irama jantung semasa anda memakai Galaxy Watch6 anda, dan akan menerima notifikasi jika kadar denyutan jantung anda terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Selain itu, jam pintar ini juga akan menghantar notifikasi kepada anda jika ia mengesan irama jantung yang tidak teratur, bersama-sama dengan cadangan untuk mengambil bacaan ECG bagi memeriksa irama jantung anda dengan lebih terperinci.

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 4

Bacaan Tekanan Darah (BP)

Kekalkan gaya hidup sihat dengan menambah pemeriksaan tekanan darah cepat ke dalam rutin harian anda. Ukur dan awasi tekanan darah anda tepat pada pergelangan tangan anda dengan Galaxy Watch6. Tiada peralatan tambahan diperlukan!.

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 5

Kenali Badan anda dengan sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA)

kumpulkan data pada badan anda pada bila-bila masa yang anda suka dengan sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) pada Galaxy Watch6 anda. Pengukuran ini akan membantu anda mengambil pendekatan berasaskan data untuk memantau badan dan kesihatan anda dengan lebih baik serta menetapkan matlamat kecergasan yang diperibadikan untuk anda.

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 6

Kehidupan Berkualiti dengan Tidur yang Berkualiti

Kesihatan yang baik bermula dengan tidur yang baik dan Galaxy Watch6 akan berada disamping anda untuk memastikan anda mendapat rehat yang mencukupi dan berkualiti.

Pakai Galaxy Watch6 anda ketika tidur dan pantau peringkat tidur malam, skor tidur dan konsistensi tidur untuk meningkatkan nikmat tidur anda. Pengguna juga  boleh mengakses Sleep Coaching terus pada jam tangan  yang membolehkan mereka boleh melihat tips untuk memperbaiki kualiti tidur.

Samsung Galaxy Watch6 Series - Kecergasan di amalkan, Kesihatan di utamakan 7

Dapatkan Samsung Galaxy Watch6 hari ini!

Samsung Galaxy Watch6 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Graphite dan Silver pada harga dari RM 1,099 manakala Watch6 Classic ditawarkan didalam dua warna iaitu Black dan Silver pada harga dari RM 1,399.

Berikut adalah harga Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic di Malaysia :

  • Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE – RM 1,799
  • Galaxy Watch6 Classic 47mm BT – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE – RM 1,699
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm BT – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 44mm LTE – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 44mm BT – RM 1,199
  • Galaxy Watch6 40mm LTE – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 40mm BT – RM 1,099

Samsung Galaxy Watch6 Series kini ditawarkan dengan promosi yang membolehkan anda menikmati diskaun20% off PWP bagi pembelian  Galaxy Buds Series, Samsung Accessories dan Samsung Care+,  percuma pengecas 15W bernilai RM59 dan percuma   Watch Cradle bernilai RM129 serta penjimatan sehingga  RM300 jika anda membuat trade-in.

Baca ULASAN : Samsung Galaxy Watch6 – Penambahbaikan Berterusan, Terbaik untuk telefon pintar Samsung Galaxy

Dapatkan Samsung Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic di Samsung Experience Store yang terdekat atau secara atas talian di Samsung Online Store.

Maklumat lanjut mengenai Galaxy Watch6 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.