Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z7 5G edisi Supernova Orange akan dilancarkan di Malaysia pada 2 September ini

iQOO Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar iQOO Z7 5G didalam warna Supernova Orange akan ditawarkan di Malaysia bermula 2 September ini.

iQOO Z7 5G telah dilancarkan di Malaysia pada bulan April yang lalu dan ianya menampilkan penggunaan skrin paparan LCD berukuran 6.64-inci dengan resolusi FHD+ dan sokongan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, telefon pintar ini dijana cip Snapdragon 782G, 8GB atau 12GB RAM bersama ciri Extended RAM 3.0 (8GB) dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Pada bahagian kamera, Z7 5G ini tampil dengan sensor utama 64MP yang memiliki OIS bersama sensor bokeh 2MP dan kamera selfie 16MP.

Seterusnya, iQOO Z7 5G ini memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W FlashCharge, sistem penyejukan Vapor Chamber Liquid Cooling, IR Blaster dan pembesar suara stereo.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mendapatkan varian eksklusif iQOO Z7 Supernova Orange.

Sertai Hari Pengalaman iQOO:

• Tarikh: 2 September 2023

• Masa: 10 pagi

• Tempat: Pavilion KL vivo Concept Store

Sebagai bonus tambahan, pelanggan yang membuat pembelian semasa acara tersebut akan berpeluang menyertai cabutan bertuah yang mendebarkan dengan hadiah bernilai sehingga RM15,000. Hadiah-hadiah ini merangkumi produk iQOO Z7, kredit TNG , TWS dan produk AIOT.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.