Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anugerah TikTok Malaysia akan diadakan buat kali pertama – dengan kerjasama Honor Malaysia

HONOR Malaysia telah menjadi rakan rasmi bagi Anugerah TikTok Malaysia, satu kerjasama yang dapat menyatukan dunia teknologi dan kreativiti.

Kerjasama sulung ini diadakan untuk meraikan bakat dan inovasi luar biasa komuniti TikTok di Malaysia dan pada masa sama menunjukkan kesungguhan HONOR memperkasa kreativiti digital.

Anugerah TikTok yang dijangka menjadi satu majlis terbesar di Malaysia dan dipenuhi kemeriahan serta berwarna-warni, bakal menyatukan pencipta kandungan dan influencer di bawah satu bumbung digital.

Anugerah TikTok Malaysia 2023 – dibawakan oleh HONOR 90 5G

Tarikh pengumuman rasmi anugerah TikTok hampir tiba, banyak lagi keseronokan bakal menanti buat pencipta kandungan, peminat dan penggemar teknologi. Dengan HONOR Malaysia sebagai tunggak utama, majlis ini bakal mencipta sejarah, meraikan kreativiti digital tanpa batas serta menyatukan dunia teknologi dan bakat semulajadi.

Pencalonan akan bermula dari 15 Ogos hingga 26 Ogos dan pencipta kandungan akan bersaing menunjukkan bakat untuk merebut anugerah bagi 14 kategori yang akan dipertandingkan.

Pada majlis ini, HONOR Malaysia akan tampil menyerahkan anugerah “Pencipta Kandungan Terbaik Tahun 2023,” kepada peserta yang menghasilkan kandungan paling inovatif dan menarik yang dapat menyerlahkan inti pati sebenar jenama HONOR. Kepada pencipta kandungan seluruh Malaysia ini peluang keemasan untuk anda!

 Jadi tandakan kalendar anda dan bersedia untuk menyaksikan gabungan pertama kali dunia teknologi dan kreativiti kerana HONOR Malaysia bakal menyerlah di Anugerah TikTok pertama di Malaysia. Nantikan malam yang penuh gilang-gemilang dan meriah dengan kepintarn digital yang pastinya membuatkan penonton terpesona dan terinspirasi.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.