Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama Samsung Galaxy Watch6 – dari RM 1,099

 

Samsung Galaxy Watch6 Malaysia

Pentas pelancaran Samsung Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 juga telah dikongsi oleh Samsung bagi memperkenalkan generasi baharu jam pintar syarikat ini.

Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch6 Classic adalah jam yang bukan hanya memberikan anda paparan waktu semasa malah ianya meliputi pelbagai aspek kecergasan dan kesihatan pengguna.

Menariknya, Samsung Galaxy Watch6 tampil didalam dua saiz iaitu saiz 40mm yang lebih sesuai kepada golongan feminin manakala saiz 44mm adalah yang terbaik untuk golongan maskulin. Samsung Galaxy Watch6 Classic pula tampil didalam dua ukuran iaitu 43mm dan 47mm.

Berikut adalah pandang pertama kami tentang Samsung Galaxy Watch6 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 1,099.

Samsung Galaxy Watch6

Rekaan dan Paparan

Samsung Galaxy Watch6 menampilkan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 30% namun inovasi berterusan Samsung memastikan jam pintar ini juga hadir dengan skrin paparan terbesar pada Galaxy Watch iaitu berukuran 1.5-inci atau sekitar 20% lebih besar berbanding sebelum ini.

Paparan Super AMOLED ini juga memiliki resolusi 480×480 piksel yang dilapisi Sapphire Cyrstal dan menyokong Full Color Always On Display serta kecerahan sehingga 2,000nits.

Selain itu, Samsung juga telah memperkenalkan mekanisma penukaran tali jam One-Click yang mana anda hanya perlu menekan butang pada bahagian belakang tali jam untuk menanggalkan tali dengan mudah dan ianya juga menyokong tali jam pihak ketiga.

Pemproses yang lebih pantas

Samsung Galaxy Watch6 menampilkan penggunaan cipset yang lebih pantas iaitu sekitar 18% dan ini menjanjikan operasi jam yang lebih pantas.

Ianya menggunakan cipset Exynos W930 Dual-Core berkelajuan 1.4GHz yang turut disertakan dengan 2GB RAM dan 16GB storan dalaman.

Selain itu, Watch6 juga dikuasakan dengan One UI 5 Watch yang berasaskan Wear OS yang menawarkan satu ekosistem Android yang lengkap pada jam pintar anda.

Jam pintar paling lengkap dipasaran

Samsung Galaxy Watch6 Series dilancarkan untuk menjadi antara jam pintar paling lengkap dipasaran dan senarai kemampuan yang dimiliki jam pintar ini pasti membuatkan anda teruja untuk menggunakanya.

Dari segi kecergasan, Galaxy Watch6 menawarkan sokongan bagi lebih 90 aktiviti kecergasan yang termasuk berenang dan yoga. Ianya juga disertakan dengan fungsi pengesanan automatik bagi beberapa aktiviti kecergasan yang termasuk berjalan, berlari dan berbasikal.

Dari segi kesihatan pula, Galaxy Watch6 menawarkan anda pengawasan kesihatan yang sangt komprehensif yang termasuk tekanan darah, kadar degupan jantung, ECG dan ketahui analisa menyeluruh badan anda dengan sensor Bioelectrical Impedance Analysis (BIA) (peratusan lemak dan otot dalam badan).

Dalam pada itu, Galaxy Watch6 juga tampil dengan HR Zone yang membolehkan anda menetapkan kadar degupan jantung ideal ketika anda melakukan aktiviti kecergasan dan ianya akan memberikan anda notifikasi apabila anda telah berada didalam kadar degupan jantung yang ditetapkan.

Bateri tahan sehingga 40 jam

Samsung Galaxy Watch6 tampil dengan kapasiti bateri yang lebih besar berbanding generasi sebelum ini namun generasi ini juga lebih cekap tenaga walaupun tampil dengan paparan terbesar.

Samsung mendakwa Galaxy Watch6 mampu menawarkan anda sehingga 40 jam waktu penggunaan namun jangka hayat sebenar akan diperoleh pada ulasan penuh kami. turut disertakan adalah pengecasan pantas yang memberikan 45% pengecasan didalam masa 30 minit sahaja.

Pra-tempah sekarang!

Berikut adalah harga Galaxy Watch6 dan Watch6 Classic di Malaysia :

  • Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE – RM 1,799
  • Galaxy Watch6 Classic 47mm BT – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE – RM 1,699
  • Galaxy Watch6 Classic 43mm BT – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 44mm LTE – RM 1,499
  • Galaxy Watch6 44mm BT – RM 1,199
  • Galaxy Watch6 40mm LTE – RM 1,399
  • Galaxy Watch6 40mm BT – RM 1,099

Pra-tempahan Samsung Galaxy Watch6 Series kini telah dibuka dengan ganjaran percuma bernilai sehingga RM 347 yang termasuk tali jam fabrik, pengecas 15W dan Watch Charger Cradle.

Pra-tempah Galaxy Watch6 Series di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.