Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandang Pertama Samsung Galaxy Z Flip5

Samsung Galaxy Z Flip5

Generasi Samsung Galaxy Z Series telah tiba susulan pelancaran Samsung Unpacked yang berlangsung buat pertama kali di Korea Selatan.

Tahun ini, Samsung dilihat memberikan fokus tambahan kepada Galaxy Z Flip5 yang boleh diletakkan sebagai model yang mempunyai perubahan paling drastik sejak pelancaran generasi pertama Galaxy Z Flip.

Menariknya, Samsung Galaxy Z Flip5 kini telah dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga dari RM 4,499 dan ini mungkin beberapa sebab kenapa anda harus beralih kepada Galaxy Z Flip5 ini.

Skrin Cover Screen terbesar pada Galaxy Z Flip

Samsung Galaxy Z Flip5 tampil dengan paparan cover screen hampir empat kali ganda lebih besar berbanding generasi dahulu dan ini bermaksud batasan paparan kecil telah dihapuskan.

Panel belakang Z Flip5 ini kini adalah skrin secara sepenuhnya didalam bentuk folder bersama dengan modul kamera sahaja.

Dengan cover screen yang lebih luas, anda boleh membalas mesej atau teks secara terus pada paparan ini dengan papan kekunci QWERTY bersaiz penuh. Menariknya, anda juga menonton video kegemaran anda di YouTube tanpa perlu membuka skrin paparan utama.

Cip Pemprosesan paling berkuasa pada peranti Galaxy Foldable

Samsung Galaxy Z Flip5 dikuasakan cip pemprosesan paling berkuasa dipasaran iaitu Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy yang membolehkan anda menikmati pengalaman grafik yang lebih lancar, pemprosesan AI lebih pantas dan jangka hayat bateri lebih baik.

Apabila dibandingkan dengan Galaxy Z Flip4, Galaxy Z Flip5 menawarkan anda 25% peningkatan prestasi GPU lebih baik dan 17% peningkatan prestasi CPU.

Bersama cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, Galaxy Z Flip5 juga disertakan dengan 8GB RAM dan storan dalaman permulaan dua kali ganda lebih besar iaitu 256GB.

Rekaan yang lebih sempurna dan lasak

Ketika dilancarkan, Galaxy Z Flip mungkin mempunyai banyak kekurangan, namun dengan pelancaran setiap generasi baharu, kematangan produk ini adalah sangat jelas untuk dilihat.

Untuk itu, Galaxy Z Flip5 kini tampil dengan rangka Armour Aluminium bersama lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus 2 pada Cover Scren.

Selain itu, Galaxy Z Flip5 juga telah memperkenalkan rekabentuk engsel Flex Hinge baharu yang memastikan telefon pintar ini tertutup rapat tanpa sebarang ruang antara skrin. Ianya juga menjalani pelbagai ujian ketahanan yang memastikan telefon pintar ini sedia menempuhi senario lasak dunia sebenar.

Tontoni video ujian ketahanan yang dilalui Samsung Galaxy Z Flip5 di bawah :

Bateri tahan lebih lama

Samsung Galaxy Z Flip5 memiliki bateri berkapasiti 3,700mAh yang sama seperti pada generasi sebelum ini namun jangka hayat bateri telefon pintar adalah lebih baik.

Anda boleh menikmati sehingga 20 jam video atau filem kegemaran anda atau sekitar 57 jam pendengaran muzik. Ianya juga disertakan dengan pengecasan pantas 25W yang mampu memberikan pengguna 50% pengecasan didalam masa 30 minit, pengecasan tanpa wayar dan Wireless Power Share.

Pilihan Warna yang lebih menyegarkan

Samsung Galaxy Z Flip5 ditawarkan didalam warna yang lebih lembut iaitu Mint, Graphite, Cream dan Lavender bersama empat lagi warna eksklusif Samsung.com iaitu Gray, Blue, Green dan Yellow.

4 warna eksklusif Samsung.com iaitu Yellow, Blue, Gray dan Green

Agak mengecewakan, tiada pilihan Samsung Bespoke Edition ditawarkan pada generasi Galaxy Z Flip tahun ini.

Pra-tempah Galaxy Z Flip5 sekarang!

Samsung akan menawarkan promosi menarik ketika tempoh pra-tempahan yang bermula dari 26 Julai sehingga 17 Ogos 2023 seperti berikut :

  • 2x  ganda storan secara percuma
  • ebaucar samsung bernilai RM 600
  • sehingga 40% diskaun( PWP) bagi pembelian aksesori Samsung, Samsung Care+, Samsung Tablet Series , Watch Series & Buds Series.

Berikut adalah harga Samsung Galaxy Z Flip5 di Malaysia :

  • Samsung Galaxy Z Flip5  (8/256GB) – RM 4,499
  • Samsung Galaxy Z Flip5  (8/512GB) – RM 4,999

Pra-tempah  Galaxy Z Flip5 di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.