Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sasar jualan Galaxy Z Flip5 dan Z Fold5 mencapai 15 juta unit

TM Roh

Ketua bagi Samsung Mobile, TM Roh mendedahkan bahawa jualan telefon pintar foldable syarikat ini bagi tahun lalu adalah kurang daripada 10 juta unit yang mana 60% adalah Galaxy Z Flip4 dan 40% adalah Galaxy Z Fold4.

Walaubagaimanapun, Samsung mensasarkan untuk meningkatkan jualan generasi baharu Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 sebanyak 50%.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Galaxy Flip5 Malaysia

Ini bermaksud, Samsung meletakkan sasaran untuk menjual 15 juta unit telefon pintar foldable mereka yang dilancarkan minggu lalu sekaligus mengekalkanya sebagai syarikat pendahulu didalam pasaran foldable yang diramalkan akan mempunyai jualan keseluruhan antara 18 hingga 20 juta uni.

Seterusnya, TM Roh juga berkata bahawa jualan Galaxy Z Flip5 akan lebih tinggi apabila dibandingkan dengan Galaxy Z Fold5 berbanding tahun sebelum ini terutamanya di Korea Selatan.

Samsung Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 kini dibuka untuk pra-tempahan – promosi hebat eksklusif

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.