WhatsApp Chanel kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia
WhatsApp telah mengumumkan penawaran WhatsApp Chanel di Malaysia yang merupakan satu saluran khas yang membolehkan anda menerima kemaskini penting daripada orang dan organisasi terus pada aplikasi WhatsApp.
Whatsapp Chanel ialah alat siaran sehala untuk pentadbir menghantar teks, foto, video, pelekat dan tinjauan pendapat. Untuk membantu anda memilih saluran untuk diikuti, WhatsApp juga telah menyediakan direktori yang boleh dicari di mana anda boleh mencari hobi anda, pasukan sukan, kemas kini daripada pegawai tempatan dan banyak lagi. Anda juga boleh pergi ke saluran daripada pautan jemputan yang dihantar dalam sembang, e-mel atau disiarkan dalam talian.
Selain itu, sejarah WhatsApp Chanel ini hanya akan disimpan selama 30 hari sebelum ianya terpadam secara automatik dan ‘admin’ juga mempunyai pilihan untuk menyekat tangkapan skrin dan ‘forward’ kandungan daripada saluran mereka.
Akhir sekali, beberapa organisasi penting berpangkalan di Malaysia telah diberi akses awal kepada Saluran, termasuk Persatuan Kesedaran & Sokongan Penyakit Mental (MIASA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).