Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos – teknologi kamera terbaru Leica

Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos - teknologi kamera terbaru Leica 1

Xiaomi Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos - teknologi kamera terbaru Leica 2

Xiaomi sebelum ini telah mengesahkan bahawa Mix Fold 3 akan dilancarkan pada bulan Ogos dan telefon pintar foldable ini akan menjadi peranti pertama yang dikilangkan di barisan pengeluaran baharu untuk memastikan kualiti dan ketahanan telefon pintar ini.

Susulan daripada itu, Xiaomi telah mengesahkan sekali lagi bahawa ianya akan dilancarkan pada bulan Ogos selain turut menambah bahawa Xiaomi dan Leica telah membangunkan teknologi kamera an “optical full-focus quad-cam”.

Buat masa ini hanya vivo dan Huawei yang mempunyai telefon pintar foldable dengan 4 kamera dibelakang dan Xiaomi Mix Fold 3 akan mempunyai tetapan yang sama seperti dua model tersebut iaitu sensor wide, ultrawide, telefoto dan telefoto periskop.

Agak mengecewakan Xiaomi Mix Fold Series ini tidak pernah memasuki pasaran global namun ianya mungkin berubah dengan pelancaran Mix Fold 3.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.