Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo Y78 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Ogos ini

vivo telah mengesahkan bahawa vivo Y78 5G  akan dilancarkan di Malaysia pada 1 Ogos ini.

vivo Y78 5G ini dijangka akan tampil dengan skrin paparan 6.78-inci iaitu jenis AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz dan skrin FHD+. Ianya juga mempunyai sensor capjari dalam skrin.

Telefon pintar ini diperbuat daripada plastik namun mempunyai penarafan kalis air dan habuk IP54.

Selain itu, telefon pintar ini akan memiliki sensor utama 64MP dengan OIS, sensor makro 2MP dan sensor depth 2MP. kamera selfie adalah 16MP.

vivo Y78 5G ini dijana cip Snapdragon 695 yang merupakan cip entry-level dengan sokongan 5G bersama 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga disertakan dengan antaramuka FunTouch OS 13 yang berasaskan Android 13.

Seterusnya, vivo Y78 5G ini turut disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 44W dan ianya akan ditawarkan didalam warna Dreamy Gold dan Flare Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.