Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Unpacked – Pentas Pelancaran Samsung Galaxy Sejak Tahun 2010

Samsung Unpacked 2023

Samsung Unpacked telah menjadi pentas kepada Samsung memperkenalkan inovasi terbaru mereka melalui peranti Galaxy yang turut memacu perkembangan pesat dunia telefon pintar.

Majlis Samsung Unpacked yang pertama telah berlangsung di Las Vegas pada tahun 2010 yang telah menyaksikan Galaxy S diperkenalkan dan sehingga kini majlis yang dua kali setahun ini telah diadakan di seluruh pelusuk dunka yang termasuk Barcelona, Berlin, London, New York dan San Francisco yang menarik minat ribuan profesional industri dan wakil media.

Samsung Galaxy Unpacked yang akan diadakan pada 26 Julai ini akan berlangsung buat pertama kali di Ibu Kota Korea Selatan iaitu Seoul dan anda boleh saksikanya secara langsung bermula jam 7 malam di YouTube,laman rasmi Samsung, Facebook dan Newsroom.

Berikut adalah infografik mengenai Samsung Unpacked sejak tahun 2010

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.